Macam mana nak selesaikan dua hal pada waktu yang sama? Kadang-kadang tak berlaku pada waktu yang sama. Maksud aku hari yang sama tapi pada jarak masa yang singkat diantaranya. Huh, penat. Nak rehat tak cukup. Biar aku terus terang. Aku dah setahun jadi Komander Kesatria kat UiTMPP nie… aktiviti banyak gler… best tapi penat…
Masa mula2 jadi komander semester 2 aku sampi tertekan sebab terlalu banyak aktiviti campur pulak ngan study, assgment. Perh… hampir nangis aku, aku rasa aku nangis kot… sejak dari tue aku mula jadi pemarah and moody… mula2 aku fikir nak masuk gak due tige kelab, tapi dah jadi macam tue tak berani nak amik risiko… then, yang paling menarik kalo cuti sem mesti singkat sebab kene join aktiviti kat Universiti aku la.
So, mcm bese la dah nek semester 3 rasa macam dah lali kot ngan aktiviti komander. Penat pun rasa macam mainan je… aku tak pernah terfikir nak join lakonan ke, tarian ke, apa-apa jelah pasal seni dan persembahan nie… tersebutlah kisah pada suatu hari, aku ikut member aku gi latihan drama… English drama. Interesting. Teruja aku sebab pelakon-pelakon die sangat la hebat… aku tengok sekali je aku dah agak dierang boleh menang sebab mase aku semester 1 dulu aku penah join English drama dan drama aku menang no 2. Hebat tak? Aku pun sesaje ikut dierang wat latihan walaupun aku tak terlibat… masa hari pertandingan aku jadi make up artis. Aku jadi bidan terjun. Aku tak pernah pun make up orang. Berita paling menarik drama nie juara… wah!!! Seronok!!! Dan tak disangka aku dihargai oleh kelab nie… dan sejak dari itulah aku mula terlibat dengan aktiviti Persatuan Seni dan Budaya (PERSADA) UiTM. Aku banyak ikut dierang wat show jadi make up artis dierang…
Huh, banyak cabaran yang aku lalui… aku terpaksa join persatuan nie secara senyap. Senior komander aku tak berapa suke sebenarnya… aku bergerak secara diam2. Tapi aku boleh bahagikan masa PERSADA aku ngan komander… penat sebab aktiviti die kekadang bertindih pada hari yang sama tetapi waktu yang berlainan. Waktu rehat memang sikit. Pagi gi kelas malam wat latihan. Penat… Aku tak jadi make up artis lagi tapi pelakon teater… wah!!! Seronok sangat. Time 2 aku tak tau lagi aku pegang watak ape tapi aku tak kisah pun janji aku dapat berlakon.
Watak aku pegang watak tambahan je. Dialog aku sikit je. Dalam bku skrip tu cume dua line je. X pe la. Aku pun x reti berlakon sangat. Aku ingat senang nak berlakon ni. Mak oiiii, susah la… walaupun cakap sikit je… dah hafal dialog kene menghayati pulak. Perh… yang ni paling susah. Kene wat expresi muke sedih. Btl2 susah. Masa hari pertandingan aku takut sgt2. Aku takut x boleh nak hayati watak aku. aku berdiri kat sbelah pentas tgok member aku berlakon bagus gler… dierang mmg bagus. Skarang aku pulak kne buktikan yang aku pun boleh berlakon. Aku wat yang terbaik kat atas pentas. Akhirnya aku Berjaya hayati watak aku sebagai seorang ibu yang dalam kesedihan melihat anaknya sedih. Wakaka…
Yang ni ramai x tau. Ramai tak tau aku berlakon time tu. Lagipun aku mmg nak berlakon sangat bukan sebab member aku. nak lepas tension je. Kalo aku kecoh2 mesti senior aku marah aku. rupenye masa aku tgah wat latihan ada orang nampak aku tgah men ngan pelakon len. Men “fasabili bili bili, fasabili ungkapa, ungkapa” yang 2 la… yang men tepok2 peha orang tu. kiri kanan aku budak laki kot. Aku pun x ngat sgat sebenarnye. Rupenye, time 2 ada org perasan yang aku ni komander. Senior tgor aku. Ok aku kne jage disiplin aku. aku komander. Ramai yang kenal aku cume aku je yang x kenal dierang.
Macam 2 la kehidupan aku mase aku part 3. Aktiviti aku selang seli ngan study. PERSADA, komander then study. Aku enjoy sangat. Nak2 member2 PERSADA yang terdiri daripada dancers, pelakon, dan penyanyi time 2. Dierang baik sangat dengan aku. dierang pun tak tau yang aku ni komander. Aku pun tak kenalkan diri aku ni komander. Dah lama baru dierang tau sendiri.
Sebulan sebelum semester berakhir kak Eda panggil aku. Kak Eda YDP komander. Mase aku jumpe die ada Pi’e, ngan ex-YDP komander ngan awek die Zana. Rupenye aku terpilih untuk pegi UiTM Melaka lepas habis sem ni. Huh, time 2 aku rase cita2 aku macam tercapai sgt2. Yela masa aku masuk part 3 ni aku banyak bagi komitmen dalam komander. Contohnye aku dilantik sebagai EXCO-disiplin mase gi kamping, then skarang sebagai komander pengiring. Itu semua cita2 aku. Pada masa yang sama YDP kelab PERSADA tgah plan nak masuk pertandingan teater peringkat negeri sem dpan. Akhirnya, kitarang pun daftar untuk join pertandingan 2. Aku pun terlibat gak. Aku dapat watak. Watak perempuan kaya yang gedik…
Study aku? tension skit bkan sbb banyak aktiviti sebab susah la… aku nyer test sume fail. Subjek dynamics, strength. Yang len atas pagar. Course work cantek r… atas pagar la. Alhamdulillah aku lulus semua subjek part 3 ni…. Tapi kan sejak aku join PERSADA aku selalu balik malam nak kol 12 kadang2 lebih dari kol 12. Ikot dierang sehari nak wat show konon. Best gak, walaupun jadi makup artis tapi dapat join gi sana sini.
Aku rase seronok sangat join PERSADA sebenarnye. Aku rase diri aku macam dineutralkan. Yela dulu sebelum aku join aku asyik mood keganasan je. Aktiviti komander sangatla strict, kekadang wat aku tension. Kawad, disiplin banyak r. tension!!!!! Aku tau komander len pun tension gak.
2 comments:
Ko ni asek nak poyo je kan..??? Macam la bagos sgt dpt jadik komander pengiring!!!! KO g pown sebab kak eda yang pileh.. Jangan nak prasan!!!
terima kasih... its me ok~
Post a Comment