semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Thursday, July 3, 2008

BALAS SAHABAT KEPADA SAHABAT

Aku dikatakan sahabatnya,
erti sahabat sangat menarik baginya,
aku adalah antara satu dari yang ramai,
yang lain dari yang ramai,
yang hanya kawannya dari yang ramai kawan,
aku hanya memahami,
cuba ku fahami hari seterusnya,
sangat menarik penjelasannya,
sahabat adalah aku dan dia,
tiada yang lain,
aku hanya mengikut rentaknya.

Bagiku sahabat adalah kawan seperti yang ramai,
sama sahaja,
tidak pernah membezakan mereka,
cuma...
yang terbaik aku ingati,
yang jahat aku membenci,
yang mengingati aku hargai,
yang menyanyangi aku kasihi,
yang membenci aku tak peduli,
yang mengutuk aku takut,
yang memberi aku membalas...

Aku di dunia sahabat,
yang masih kabur dengan niat sahabat aku,
sayang...
aku masih menyamakannya dengan yang ramai,
tiada istimewa bagi aku,
sama seperti yang ramai,
kasihan...
aku tidak tahu dia mahukan lebih dari maksudnya.

Dalam dunia sahabat,
aku dipermainkan dengan cerita palsu,
cerita yang di olah,
menyamakan dirinya dengan sejarah aku,
ceritanya sangat realiti,
begitu menyentuh hati,
tipunya menarik sedih hati aku,
aku kasihan akannya,
kerana aku percaya tipunya itu realiti,
yang pernah aku lalui sebelum ini,
tapi aku tertipu dengan cerita palsunya...
begitu lama dia memalsukan sahabat.
cerita palsunya membuat aku menghargainya,
hampir menyanjunginya...

Dengan izin Allah,
semua kepalsuan dibuktikan dengan lidahya,
aku keliru...
Adakah ia benar?
dia menjelaskan bahawa yang ramai itu jahat...
menyuruh aku jauh dari yang ramai...
yang ramai tak patut aku kawan...
yang ramai itu tak patut aku dekati...
Apa salah aku?
sehinnga dia berkata begitu...
aku binggung...
aku mencari yang ramai untuk kebenaran...
yang ramai kata dengar boleh percaya jangan.
aku pegang kata-kata itu.

aku sangat kecewa...
sahabat yang aku mula faham,
yang cuba dia bezakan dengan kawan,
yang istimewa dari yang lain...
hanya dia sahabat aku...
yang lain adalah yang ramai...

aku sangat membenci yang palsu,
aku tidak boleh menerima yang palsu...
walaupun selepas ini adalah realiti,
aku tetap percaya itu palsu.

aku percaya dia tidak akan mengaku,
mengaku diatas kepalsuannya...
walaupun dia cuba membenarkan cerita.
aku percaya dia palsukan kata-katanya,
memalsukan dirinya tidak bersalah,
itulah dia...

bukan aku yang mengelak darinya,
aku tahu dia malu kerana
aku tau cerita sebenar.
bukan aku yang tidak mahu berkata-kata padanya,
aku hanya malas membicarakan sesuatu yang bukan pada tempatnya.
bagiku dia tidak layak untuk tahu semuanya,
cuma dia perlu tahu kenapa dia tidak layak.

3 comments:

deadgorgeouszaza said...

bodo!! tak reti hargai member!!!

::ThisIsNotMe:: said...

terima kasih~

::ThisIsNotMe:: said...

dalam sajak 2 terangkan,,,

yang terbaik aku ingati,
yang jahat aku membenci,
yang mengingati aku hargai,
yang menyanyangi aku kasihi,
yang membenci aku tak peduli,
yang mengutuk aku takut,
yang memberi aku membalas...

faham-faham sendri la