semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Thursday, July 3, 2008

Aku Seorang Pembantu Jurulatih

Tanggal 14.05.07 aku bersama rakan sejawatku Pi’e, Eda dan Erzat telah mengembara jauh ke negeri Melaka dan diiringi oleh bapa kami En Mus. Kami berempat telah di tugaskan untuk membimbing Seramai 32 orang anak buah supaya menjadi seorang yang berdisiplin, beramanah dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

Sebelum tibanya disana Jurulatih dan kami ber4 sebagai pembantu jurulatih membuat persediaan awal untuk 32 pelatih. persediaan2 tersebut seperti disiplin dr segi masa n pakaian kawad dan lain2. Taklimat2 ringkas semasa latihan dan pra latihan dijalankan seminggu di kampus Pulau Pinang sebelum ke UiTM Melaka.

UiTM Melaka mempunyai keluasan yang amat luas. Keadaan muka bumi yang bergunung-ganang membuat Latihan Intensif Bakal Komander(LiBK) ini sangat mencabar. Pada hari pertama aku jejak di sana mendapat pujian daripada komander-komander disana bahawa anak buah kami sangat berdisiplin tetapi bagi aku, ini kerana mereka telah dilatih awal seminggu dalam PRA-LiBK,  32 orang anak buah aku masih dalam proses pelajaran dan tahap disiplin mereka semasa tiba di Melaka tidak memuaskan. Pelbagai cabaran mula timbul bagi kami berempat semasa menjaga mereka di sana. Ada yang demam panas, ada yang hilang dan macam-macam lagi. Pengalaman ini sangat berbeza semasa aku menyertai LiBK di Pahang dahulu sebagai bakal komander. Semasa aku menyertai LiBK di Pahang aku hanya mengalami kesulitan semasa latihan sahaja tetapi tidak tahu kesulitan mengenai pentadbiran dan pengurusan LiBK. Ini kerana untuk mengawal pelatih yg ramai n mengatur masa amatlah sukar. Memang nampak bagus seperti apa yang aku lihat pada komander Tun, Helmi, Yana dan Niza. Aku amat berbangga dengan mereka kerana kesulitan yang dihadapi di LiBK aku itu, mereka hadapi dengan tenang dan kesulitan itu tidak kami nampak.

Huh, aku hanya mengeluh jika hendak menceritakan pengalaman aku pula. Menjadi seorang komander pengiring atau dikenali sebagai Pembantu Jurulatih sangat payah dari menjadi bakal komander yang sadang menjalani latihan. Sebelum berhadapan dengan anak buah dari 3 buah kampus itu aku dan komander-komander pengiring yang lain kene berhadapan dengan jurulatih dahulu. Jika anak buah lambat kami yang kena. Kalau ada yang tak kena kami yang kena. Itulah tanggungjawab kami disana.

Ada sampai tahap aku nak lepas tangan bukan kerana tak nak kena panas dan penat tetapi masalah anak buah yang masih tidak memuaskan hatiku ditambah pula dengan masalah pengurusan di sana membuat aku rasa... ah! Susah la nak cakap rasa macam mana. ini kerana aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, selain untuk mendidik pelatih berdisiplin aku lupa sepatutnya aku perlu melatih persaan n jiwa supaya lebih bersabar dan berfikiran terbuka. Dengan bantuan rakan sejawatku aku mampu bertahan di sana dan ditambah lagi dengan potensi anak buahku yang semakin meningkat, menaikkan lagi semangatku untuk bertahan di sana. 

Alhamdulillah, mereka hanyalah anak2 muda yang tengah mengenal dunia. umur mereka tiada beza jauh dari aku. tidak kurang pun dengan aku. aku sepatutnya buat mereka kawan daripada terlalu mengawal mereka. 

Akhirnya, aku, rakan sejawatku selesai menjalankan tugas dan anak buahku berjaya menamatkan latihan mereka.

Tidak mampu aku menceritakan semuanya kerana ia lebih dasyat dari kata-kata seperti pepatah mengatakan berat lagi korang pandang berat lagi aku pikul. Wassalam…

2 comments:

deadgorgeouszaza said...

Ek eley!!! Ntahapehape nta... Poyo je lebeh!! Macam bagos sgt jek!!!

::ThisIsNotMe:: said...

oh yeke... terima kasih...