semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Sunday, June 27, 2010

Tahniah UiTM tempat pertama (Design Engineering) & ke-2 (Longest Distance Viva)


hari ni aku g Melaka free, makan tengahari free... g sokong kawan2 aku yg mendesingn semula kereta produa... aku yg x tau ape, just datang suke2 n nak menyokong tibe2 mmg betol2 suke! huahaha sbb UiTM menang...

yang kat tengah2 2, dekan kiterang...
dah la kiterang ni tiba kat tempat 2 agak lambat la smpi dah x de tempat nak duduk kat grand stand, kiterang duduk berterabur, x macam U lain sme duduk sekelompok pastu nyanyi lagu mcm nak bg sokongan... UiTM??? low profile x sorak ape pon... tp aku still seronok dengar, tengok dierang kecoh2 bersemangat gile! sampi aku balik tido duk bising ngan bayang org crowded gile... mau due hari aku tido mcm tu...(sbb aku jenis mmg x boleh g tempat rmi org, balik ngigau)

yang lawok, bile satu keter dah mule nampak slow kiterang bangon sorak kat keter yg dah hbs minyak tu... huahahaha... seronok, lepas satu keter, satu keter lagi... sampi la tingal 5 buah keter je. kiterang punyer bg sokongan beria2 nie... dlm hati no 3 pon jd la(padahal bukan aku pon yg design bende 2)... pastu tinggal 4 buah keter, keter uitm ada lagi, pastu tinggal 3 buah keter termasuk keter uitm... aku dah seronok dah.. ni tekak aku sakit gile dok jerit2 kat situ...

budak2 U lain yang kecoh tadi dah diam, kiterang lak yg bising... aha, mase nak umum pemenang 2 pon suspen gak, leh x MC tu sebot satu2... Universiti....(mmg semua Universiti tapi satu je Poli) Teknologi.... (adehhh,... Teknologi mane ni??? Petronas? Malaysia) MARA!!! gile terkejot bile umum no satu...

mcm kiterang je yg menang kan...





Wednesday, June 23, 2010

Cerita Karut Aku

Tajuk: Mimpi Malam Terakhir

Aku merenung ke bawah, melihat tajam dibawah sana. Adakah indah? adakah terus menerus gelap gelita tiada penghujung. sudah lama aku duduk disini menghayun, menggoyang kaki aku kebawah. sedikit tiada rase gerun dan gayat. Hanya aku disini. Agak gile bagi gadis seperti aku menyendiri sorang-sorang di tebing gaung ni...

dalam suasana yang suram cuaca tidak terik dan tidak gelap aku melihat kiri dan kanan, tiada siapa, liku-liku gaung seperti tiada penghujung. melihat tempat aku berdiri di atas pasir yang coklat. oh, bukan diatas batu yang berpasir rupanya. melihat depan. samar-samar...

selepas puas merenung kebawah yang gelap gelita, aku toleh kekanan. melihat seorang jejaka menemani aku. aku toleh pula sebelah kiri aku, terdapat ramai lagi yang menemani aku tapi jarak dia dan aku tak serapat lelaki sebelah kanan aku... aku rasa suram, sunyi, tak bermakne mereka bersama menemani aku menikmati suasana gaung ni. huh, tiba-tiba rasa nak terjun dalam gaung tu. aku macam nak tahu sangat-sangat apa yang ada kat bawah tu. mungkin sebuah taman burung pipit yang indah yang dipenuhi rumput-rumput hijau dan kicauan burung atau mungkin sebatang sungai dan bunyi air terjun atau mungkin terus menerus gelap tiada penghujung.

aku tak cakap pon kat jejaka tu yang aku nak terjun, aku cuma baru nak buat gaya-gaya nak terjun tapi dia tarik tangan aku... seolah-olah cakap jangan!. tapi aku nak juga sebenarnya. aku cuma dapat bayangkan alangkah indah kalau aku dapat terjun tapi dalam bayangan aku tu jejaka tu juga terjun sekali dengan aku. bengong betol. penat je berangan. aku pon bangun, baru teringat sebenarnya ada titi beberapa meter sebelah kanan aku. titi tu je salah satu jalan yang boleh pergi sebelah sana.

aku rasa memang nak pergi sebelah sana. jejaka sebelah aku ni ikut je. titi tu muat tok seorang jalan je... masa aku melangkah kaki aku tok merentasi titi tu baru jejaka tu macam halang aku lagi. ish... apa masalah dia sebenarnye??? aku cakap " jom la ikut sekali?" dia diam je buat muka tak nak.

ni dunia aku, gaung aku dan tempat aku. aku nak juga pergi sebab aku tak sanggup nak terjun dalam gaung tu... aku pun tak hiraukan dia. aku jalan terus tak pandang belakang. aku ingat dia ikut sekali kat belakang aku, tapi bila aku sampai di penghujung titi aku toleh kebelakang aku nampak die berdiri sahaja di titi permulaan tadi. aku jerit " marila sini!" die jawab " kau la datang sini". aku cakap " aku dah tak boleh patah balik". aku pon tengok titi tu, rupa titi tu lagi gerun dari titi masa aku seberang tadi. keadaan titi tu agak curam kebawah. tapi titi yang aku seberang tadi aku rasa sangat-sangat lurus, kukuh dan nampak macam titi baru.

jejaka tu dah tak nak ikut aku. aku pusing kehadapan. melihat satu gurun yang luas, sangat-sangat luas. aku tak nak lepak goyang-goyang kaki macam sebelum ni sebab bosan. aku pon amik keputusan untuk terus berjalan, berjalan dan berjalan...

HAK CIPTA DIPELIHARA... hahaha

Sunday, June 13, 2010

Hari ni ape aku pikir?

alangkah bagos bangon2 tido dunia dah indah bg aku. x der msalah, semua bende manarik n buat aku tersenyum.

tp hari ni,bile aku tersedar dari tido, aku teringat test aku lagi seminggu, pastu x nak makan ni sbb nak diet punyer pasal. tp semlam aku bedal keu tiau goreng yg aku buat sndri. mcm mane nak trunkan berat badan dlm mase 2 bulan setengah ni????

kan bgos kalo org kat dunia ni x kesah, tinggi ko berapa? kulit ko gebu ke berkerutu? ko free hair ke bertudung? test 1 microprocessor ko A ke D??? ko student medic ke engine? ade beza ke?

ade orang buat muke berkerot bile aku ckp sambung degree 3 tahon. nape? nape? nape?

kan bagos kalo semua org kite boleh kawan n semua orang nak kawan ngan kite. tiada batasan. 1 Malaysia beb...

arghhh!!! aku tensen bile esok Puan Kama Azura lectrr Microprocessor aku nak bg test 1.. sbbnye aku x hengat rumus n aku yakin x full mark and aku takot fail sedangkan test tu senang je...( sebenarnye sgt kecewa ngan diri sendiri)

teringat my mama. agaknye mama dah kurus kot. mgu ni x balik konon2 nak MENGAJI tp bukan sehari aku mengaji tp aku BER-facebook.

dah keras hati x nak bukak laptop. tp bile tengok Shida Ber-Online aku tanyer die "apa yang menarik kat facebook harini?" die ckp x de bende menarik... dlm hati aku "mmg r facebook die x menarik kalo bukak facebook aku lagi menarik"(agak2 2 suara setan ke suara hati aku???) time 2 aku dah x sedar diri teros on lappy aku.

K A E D A H N Y A Laptop depan aku sbelah kanan aku bku, sbelah buku handset, sbelah kanan sekali TEH AIS...

Friday, June 11, 2010

Teh Ais aku sedap!

aha, tajok kali ni tiada kaitan ngan apa aku nak tulis sbenarnye.

semua orang dok mengamuk kat FB pasal result... aku dah agak bende ni akan berlaku...

punye la payah nak tengok result sendri. kalo sem lepas aku la paling awal dpt tengok result sem ni aku rase aku paling lewat... sampai ade sorang kawan aku sanggup panggil aku jauh2 semate2 nak tau result aku je... tp time 2 mmg aku betol2 x tau result aku.

aku pelik. aku pelik org sekeliling aku pandang aku...

aku ni nampak mcm budak pandai ke?? mcm td aku ckp "result aku x menarik pon". pastu yang member aku ni ckp "yer la 2, mesti gempak kan?". aku jawab "mmg gempak!, ade repeat."

pastu die x caye msalahnye... die ckp "ko ni betol2 repeat baru tau..." aku ckp muke serius kot td. aku pelik die siap cakap " ko kalo lulus semua aku cubit ko!" padahal time 2 die dah cubit aku... what??? aku PHELIX?

die bergurau ke??? aku mmg x bergurau td...

yg penting naseb baik jalan kat depan fakulti aku 2 x sebok, kalo x aku cedera kene langgar semate2 ade org nak tau pasal result aku jer sedangkan time 2 aku x tau lagi result sndri aku...

Tuesday, June 8, 2010

The Melengkung

jalan2 ngan kawan2 lame, lame x lepak ngan dierang mcm ni... kiterang lepak mmg lepak betol...
model2 iklan Do The Dew... tunggu iklan dierang kuar bulan depan... hahahahaha

Friday, June 4, 2010

Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau

hari ni aku x masak ape2... ayam setengah ekor dalam peti yang mama belikan tok aku mgu lepas aku x usik langsung... aku jadi muak makan ayam tiap2 hari. sbb aku bukan jenis makan ayam tiap2 hari... aku jenis 2 miggu x makan ayam aku x kebulur macam zombi.

so, hari ni hari Jumaat... boleh tengok sesetengah jejaka2 kat kampus aku pakai baju melayu x seperti hari lain dierang mmg selekeh gile. seperti biasa lepas makan aku teros bukak FACEBOOK bukan 'face book' (hadap buku) hehehe...

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat,
namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan
'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi
wanita tersebut.

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak
baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"Selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan
orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat
yang telah dicari" - Saidina Ali

Wasalam

Thursday, June 3, 2010

kejap je

x smpi beberapa hari, lebih 10 orang invite aku mcm tentang palestin n Gaza... macam2... macam group lak 2... aku rase lebih dari 10 group... tp sory aku x join lak group2 2... bukan aku x sokong... aku just tekan like jer.. ade beza ke??? uhu

ye!!! SELAMATKAN GAZA!!!! YAHUDI KEJAM!!! x de hati perot...

semua naik HANGIN gara2 kapal bantuan kene serang!

:KAMI RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN KEATAS KONVOI FREEDOM FLOTILLA
tengok la YAHUDI kaut sket2 tanah PALESTIN.

Kutuk Kekejaman Israel Ke Atas Misi Kemanusiaan GAZA


WE HATE ZIONIST! WE HATE JEWISH! WE HATE ISRAEL!

ouh mcm2 la group n profile kat fb tentang YAHUDI nie... ni salah satu group n profile yg hangat tengah naik...

Tuesday, June 1, 2010

ni la aku...

aish... sandal a.k.a selipar aku putus... x best la. sandal 2 jer tiap2 hari aku pakai g kelas n jalan2... nak pakai heel mcm skema lak aku rase, wedges ade jer tp cm over lak nak g kelas tp kekadang aku sauk jer semua 2 tp tetap x best tanpa SANDAL...

my fevret whitey sandly yg berharga rm25 aku beli kat giant tp lagi murah kat uptown aku tengok... SENGAL! ala, yg selipar getah seketol 2... yg melambak2 jual kat booth2 shopping mall. tu la fevret aku dari dlu... kalo yg nipis 2 rm10 jer... aku suke beli slipar 2... senang cute, comel bergaye disukai ramai. sekali aku beli 2 pasang... pakai x smpi sebulan putus pastu beli lagi... huahaha... n yang paling tahan lama THE WHITEY 2 la.. dari awal sem lepas rasenye... tapak dah haus pon aku pakai lagi... x sangka putus.

2 pasal selipar aku. pasal baju lak aku pelik, aku suke sgt nak pakai blaus ni, tp hakikatnye aku pelik kenapa lengan singkat???? bukan satu baju 2 je blaus lain pon singkat??? tp beli kemeja x singkat lak... adakah tangan aku panjang??? tukang jahit salah ukor? x kan semua baju salah ukor. ataupon... ntah la... kepada pereka2 fesyen asia sila consider ukuran asas penduduk asia bukan semua kecik x cukop makan... akunye rangka ni mcm minah arab... minah arab ke??? perasan...

pasal bahan2 kosmetik lak, sedih2... tolong la org melayu buat produk kosmetik x kesah la pencuci muka ke krim muke ke tolong la tengok cuaca kat malaysia ni cmne??? dah dari sek belajar malaysia ni terletak di garisan Khatulistiwa. kaji la dlu, kepekatan kandungan yg sesuai ngan temperature kat malaysia ni... aku mmg alah produk2 yg jual skali ngan ubat2 kampong 2... aku dah serik sekali aku pakai muke aku jd terok... kawan2 aku yg belajar Chemical Engineering 2 tolong la, yg aku tau Chemical Engineering ni bukan pasal minyak semata2 jer.... bnyak lagi cabang... tolong la.... DEMI KECANTIKAN WANITA DIMALAYSIA... aku kesian tengok muke makcik2 kat malaysia ni kemerah-merahan... PEDIH aku tengok...

apa lg ek nak komen.... korang la pulak komen... asyik bukak blog aku tp x komen... hehehehe

www.khaizun.blogspot.com