Tajuk: Mimpi Malam Terakhir
Aku merenung ke bawah, melihat tajam dibawah sana. Adakah indah? adakah terus menerus gelap gelita tiada penghujung. sudah lama aku duduk disini menghayun, menggoyang kaki aku kebawah. sedikit tiada rase gerun dan gayat. Hanya aku disini. Agak gile bagi gadis seperti aku menyendiri sorang-sorang di tebing gaung ni...
dalam suasana yang suram cuaca tidak terik dan tidak gelap aku melihat kiri dan kanan, tiada siapa, liku-liku gaung seperti tiada penghujung. melihat tempat aku berdiri di atas pasir yang coklat. oh, bukan diatas batu yang berpasir rupanya. melihat depan. samar-samar...
selepas puas merenung kebawah yang gelap gelita, aku toleh kekanan. melihat seorang jejaka menemani aku. aku toleh pula sebelah kiri aku, terdapat ramai lagi yang menemani aku tapi jarak dia dan aku tak serapat lelaki sebelah kanan aku... aku rasa suram, sunyi, tak bermakne mereka bersama menemani aku menikmati suasana gaung ni. huh, tiba-tiba rasa nak terjun dalam gaung tu. aku macam nak tahu sangat-sangat apa yang ada kat bawah tu. mungkin sebuah taman burung pipit yang indah yang dipenuhi rumput-rumput hijau dan kicauan burung atau mungkin sebatang sungai dan bunyi air terjun atau mungkin terus menerus gelap tiada penghujung.
aku tak cakap pon kat jejaka tu yang aku nak terjun, aku cuma baru nak buat gaya-gaya nak terjun tapi dia tarik tangan aku... seolah-olah cakap jangan!. tapi aku nak juga sebenarnya. aku cuma dapat bayangkan alangkah indah kalau aku dapat terjun tapi dalam bayangan aku tu jejaka tu juga terjun sekali dengan aku. bengong betol. penat je berangan. aku pon bangun, baru teringat sebenarnya ada titi beberapa meter sebelah kanan aku. titi tu je salah satu jalan yang boleh pergi sebelah sana.
aku rasa memang nak pergi sebelah sana. jejaka sebelah aku ni ikut je. titi tu muat tok seorang jalan je... masa aku melangkah kaki aku tok merentasi titi tu baru jejaka tu macam halang aku lagi. ish... apa masalah dia sebenarnye??? aku cakap " jom la ikut sekali?" dia diam je buat muka tak nak.
ni dunia aku, gaung aku dan tempat aku. aku nak juga pergi sebab aku tak sanggup nak terjun dalam gaung tu... aku pun tak hiraukan dia. aku jalan terus tak pandang belakang. aku ingat dia ikut sekali kat belakang aku, tapi bila aku sampai di penghujung titi aku toleh kebelakang aku nampak die berdiri sahaja di titi permulaan tadi. aku jerit " marila sini!" die jawab " kau la datang sini". aku cakap " aku dah tak boleh patah balik". aku pon tengok titi tu, rupa titi tu lagi gerun dari titi masa aku seberang tadi. keadaan titi tu agak curam kebawah. tapi titi yang aku seberang tadi aku rasa sangat-sangat lurus, kukuh dan nampak macam titi baru.
jejaka tu dah tak nak ikut aku. aku pusing kehadapan. melihat satu gurun yang luas, sangat-sangat luas. aku tak nak lepak goyang-goyang kaki macam sebelum ni sebab bosan. aku pon amik keputusan untuk terus berjalan, berjalan dan berjalan...
HAK CIPTA DIPELIHARA... hahaha
No comments:
Post a Comment