semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Friday, June 4, 2010

Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau

hari ni aku x masak ape2... ayam setengah ekor dalam peti yang mama belikan tok aku mgu lepas aku x usik langsung... aku jadi muak makan ayam tiap2 hari. sbb aku bukan jenis makan ayam tiap2 hari... aku jenis 2 miggu x makan ayam aku x kebulur macam zombi.

so, hari ni hari Jumaat... boleh tengok sesetengah jejaka2 kat kampus aku pakai baju melayu x seperti hari lain dierang mmg selekeh gile. seperti biasa lepas makan aku teros bukak FACEBOOK bukan 'face book' (hadap buku) hehehe...

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat,
namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan
'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi
wanita tersebut.

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak
baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"Selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan
orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat
yang telah dicari" - Saidina Ali

Wasalam

No comments: