semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Thursday, July 3, 2008

AKU SEKARANG

Ai… aku sekarang? Ceh macam lagu Dato Siti Nurhaliza plak… saje amik tajuk tue sebab ringkas dan mungkin korang faham maksudnyer..

Cerite pasal diri aku memang tak pernah habis. Nak pulak aku nie suke bercerita tapi malas nak menaip jer… memang ingat nak cerita jer pasal aku tiap-tiap malam tapi bile nak ngadap komputer nak naip tu yang malas.

Okey… nie adalah sem terakhir aku kat UiTM Peneng nie. Erm… dah macam-macam bende aku lalui. Pelajaran, kawan, senior, junior macam-macam la (luper plak nak selit ex-ex aku). Aku nak berubah. Berubah tau, bukan azam, beza sangat tu… dalam setahun nie aku kat kampus agak sombong la. Saje jer nak menyombongkan diri sebenarnye sebab aku tak nak ramah sangat dengan orang yang aku baru kenal. Agak merbahaya kalo terlalu ramah nie. Yang sedih sem lepas aku rase mood aku dalam keadaan sedih sentiasa. Aku rase aku tak gelak langsung sem lepas. Aku tak hepi langsung. Sekarang , lepas habis je intersesi tu aku rase hepi sangat sebenarnye.

Kalo sebelum nie aku ada matlamat nak aktif dalam persatuan aku. Tapi memandangkan sem ni sem akhir aku, aku cube untuk berhenti mengaktifkan diri aku. Tak pon aku sertai bende tu tapi aku tak wat apa-apa la. Kirenye kalo ada meting aku datang tapi aku tak bersuara la dalam meting tu. Sem lepas Mirul ada bagi tau aku ada Festival Budaya. Die nak aku berlakon, adeh… aku dah tolak tawaran tue. Yer la, juniorkan ada, nanti x der pelapis pulak… aku nak gi pon sebagai krew jer… lepas nie kalo PERSADA panggil aku lagi, aku nak jd krew bese-bese jer… yang tu pasal PERSADA. Pasal Komander aku fikir aku nak mendiamkan diri jer… aku akan datang semua aktiviti die tapi aku tak banyak mencapap la.

Disebabkan pointer aku mase part 4 jaduh mendadak jadi sem terakhir nie aku tak dapat pinjaman langsung… so, x leh la nak mewah-mewah… mungkin aku dah tak keluar enjoy dah. Bagus gak, nanti nak bayar balik pon kurang jer, lagi satu tak der la aku kuar merate. Duk kampus study jer(harap-harap macam tu la).

Diari Intersesi 2008

wa…. Penat, hepi tapi agak mengecewakan…. Selama nie aku tak penah terpikir nak wat intersesi… tapi bile result part 4 aku trok terpaksa lla wat… akhirnye aku wat keputusan nak wat intersesi untuk subjek Thermodynamics aku…

bayangkan, kalo x nak bayangkan x pe la. Aku kene study subjek nie selama 4 minggu. Lepas tu terus final. Tiap-tiap ari ada kelas selama 2 jam… erm… rase seronok sebab sehari ada satu kelas jer. Selebihnye free… pengalaman terbaru aku, tinggal kat rumah sewa. Ye la selama ni aku duk hostel jer, dekat ngan bilik kuliah. Sekarang agak jauh la. Nasib bek la ada Bad. Dia la yang hantar aku gi kelas tiap-tiap hari. Kitrerang selalu berempat. Yang duk serumah ngan aku Pawien. Pawein rajin masak dan masakan die sangat la sedap. Bad tinggal due blok dari rumah kiterang. Die tinggal ngan Shahril.

Bad yang sangat bek 2 selalu bawak kiterang gi jejalan. Nasib bek la ada die kalo tak mati kebosanan la aku… agak bosan duduk rumah sewa tu mungkin sebab tinggal due orang jer kot.

Boleh dikatakan aku ikot dierang kuar tiap-tiap minggu la. Lagi due hari nak final pon dierang leh ajak aku gi karaoke lagi. Tapi aku tak ikot la. Apa yang aku tak sangka kiterang leh sangat rapat dalam masa sebulan tu.

Yang agak mengecewakan, biler time final… entahla… malas nak cter….

BUAT JEJAKA II

Aku bukan milik sesiapa

Dan aku ingin begini

Tidak mahu menjadi milik sesiapa

Sehingga aku bersedia untuk dimiliki

BALAS SAHABAT KEPADA SAHABAT

Aku dikatakan sahabatnya,
erti sahabat sangat menarik baginya,
aku adalah antara satu dari yang ramai,
yang lain dari yang ramai,
yang hanya kawannya dari yang ramai kawan,
aku hanya memahami,
cuba ku fahami hari seterusnya,
sangat menarik penjelasannya,
sahabat adalah aku dan dia,
tiada yang lain,
aku hanya mengikut rentaknya.

Bagiku sahabat adalah kawan seperti yang ramai,
sama sahaja,
tidak pernah membezakan mereka,
cuma...
yang terbaik aku ingati,
yang jahat aku membenci,
yang mengingati aku hargai,
yang menyanyangi aku kasihi,
yang membenci aku tak peduli,
yang mengutuk aku takut,
yang memberi aku membalas...

Aku di dunia sahabat,
yang masih kabur dengan niat sahabat aku,
sayang...
aku masih menyamakannya dengan yang ramai,
tiada istimewa bagi aku,
sama seperti yang ramai,
kasihan...
aku tidak tahu dia mahukan lebih dari maksudnya.

Dalam dunia sahabat,
aku dipermainkan dengan cerita palsu,
cerita yang di olah,
menyamakan dirinya dengan sejarah aku,
ceritanya sangat realiti,
begitu menyentuh hati,
tipunya menarik sedih hati aku,
aku kasihan akannya,
kerana aku percaya tipunya itu realiti,
yang pernah aku lalui sebelum ini,
tapi aku tertipu dengan cerita palsunya...
begitu lama dia memalsukan sahabat.
cerita palsunya membuat aku menghargainya,
hampir menyanjunginya...

Dengan izin Allah,
semua kepalsuan dibuktikan dengan lidahya,
aku keliru...
Adakah ia benar?
dia menjelaskan bahawa yang ramai itu jahat...
menyuruh aku jauh dari yang ramai...
yang ramai tak patut aku kawan...
yang ramai itu tak patut aku dekati...
Apa salah aku?
sehinnga dia berkata begitu...
aku binggung...
aku mencari yang ramai untuk kebenaran...
yang ramai kata dengar boleh percaya jangan.
aku pegang kata-kata itu.

aku sangat kecewa...
sahabat yang aku mula faham,
yang cuba dia bezakan dengan kawan,
yang istimewa dari yang lain...
hanya dia sahabat aku...
yang lain adalah yang ramai...

aku sangat membenci yang palsu,
aku tidak boleh menerima yang palsu...
walaupun selepas ini adalah realiti,
aku tetap percaya itu palsu.

aku percaya dia tidak akan mengaku,
mengaku diatas kepalsuannya...
walaupun dia cuba membenarkan cerita.
aku percaya dia palsukan kata-katanya,
memalsukan dirinya tidak bersalah,
itulah dia...

bukan aku yang mengelak darinya,
aku tahu dia malu kerana
aku tau cerita sebenar.
bukan aku yang tidak mahu berkata-kata padanya,
aku hanya malas membicarakan sesuatu yang bukan pada tempatnya.
bagiku dia tidak layak untuk tahu semuanya,
cuma dia perlu tahu kenapa dia tidak layak.

DUA KEHIDUPAN

Macam mana nak selesaikan dua hal pada waktu yang sama? Kadang-kadang tak berlaku pada waktu yang sama. Maksud aku hari yang sama tapi pada jarak masa yang singkat diantaranya. Huh, penat. Nak rehat tak cukup. Biar aku terus terang. Aku dah setahun jadi Komander Kesatria kat UiTMPP nie… aktiviti banyak gler… best tapi penat…

Masa mula2 jadi komander semester 2 aku sampi tertekan sebab terlalu banyak aktiviti campur pulak ngan study, assgment. Perh… hampir nangis aku, aku rasa aku nangis kot… sejak dari tue aku mula jadi pemarah and moody… mula2 aku fikir nak masuk gak due tige kelab, tapi dah jadi macam tue tak berani nak amik risiko… then, yang paling menarik kalo cuti sem mesti singkat sebab kene join aktiviti kat Universiti aku la.

So, mcm bese la dah nek semester 3 rasa macam dah lali kot ngan aktiviti komander. Penat pun rasa macam mainan je… aku tak pernah terfikir nak join lakonan ke, tarian ke, apa-apa jelah pasal seni dan persembahan nie… tersebutlah kisah pada suatu hari, aku ikut member aku gi latihan drama… English drama. Interesting. Teruja aku sebab pelakon-pelakon die sangat la hebat… aku tengok sekali je aku dah agak dierang boleh menang sebab mase aku semester 1 dulu aku penah join English drama dan drama aku menang no 2. Hebat tak? Aku pun sesaje ikut dierang wat latihan walaupun aku tak terlibat… masa hari pertandingan aku jadi make up artis. Aku jadi bidan terjun. Aku tak pernah pun make up orang. Berita paling menarik drama nie juara… wah!!! Seronok!!! Dan tak disangka aku dihargai oleh kelab nie… dan sejak dari itulah aku mula terlibat dengan aktiviti Persatuan Seni dan Budaya (PERSADA) UiTM. Aku banyak ikut dierang wat show jadi make up artis dierang…

Huh, banyak cabaran yang aku lalui… aku terpaksa join persatuan nie secara senyap. Senior komander aku tak berapa suke sebenarnya… aku bergerak secara diam2. Tapi aku boleh bahagikan masa PERSADA aku ngan komander… penat sebab aktiviti die kekadang bertindih pada hari yang sama tetapi waktu yang berlainan. Waktu rehat memang sikit. Pagi gi kelas malam wat latihan. Penat… Aku tak jadi make up artis lagi tapi pelakon teater… wah!!! Seronok sangat. Time 2 aku tak tau lagi aku pegang watak ape tapi aku tak kisah pun janji aku dapat berlakon.

Watak aku pegang watak tambahan je. Dialog aku sikit je. Dalam bku skrip tu cume dua line je. X pe la. Aku pun x reti berlakon sangat. Aku ingat senang nak berlakon ni. Mak oiiii, susah la… walaupun cakap sikit je… dah hafal dialog kene menghayati pulak. Perh… yang ni paling susah. Kene wat expresi muke sedih. Btl2 susah. Masa hari pertandingan aku takut sgt2. Aku takut x boleh nak hayati watak aku. aku berdiri kat sbelah pentas tgok member aku berlakon bagus gler… dierang mmg bagus. Skarang aku pulak kne buktikan yang aku pun boleh berlakon. Aku wat yang terbaik kat atas pentas. Akhirnya aku Berjaya hayati watak aku sebagai seorang ibu yang dalam kesedihan melihat anaknya sedih. Wakaka…

Yang ni ramai x tau. Ramai tak tau aku berlakon time tu. Lagipun aku mmg nak berlakon sangat bukan sebab member aku. nak lepas tension je. Kalo aku kecoh2 mesti senior aku marah aku. rupenye masa aku tgah wat latihan ada orang nampak aku tgah men ngan pelakon len. Men “fasabili bili bili, fasabili ungkapa, ungkapa” yang 2 la… yang men tepok2 peha orang tu. kiri kanan aku budak laki kot. Aku pun x ngat sgat sebenarnye. Rupenye, time 2 ada org perasan yang aku ni komander. Senior tgor aku. Ok aku kne jage disiplin aku. aku komander. Ramai yang kenal aku cume aku je yang x kenal dierang.

Macam 2 la kehidupan aku mase aku part 3. Aktiviti aku selang seli ngan study. PERSADA, komander then study. Aku enjoy sangat. Nak2 member2 PERSADA yang terdiri daripada dancers, pelakon, dan penyanyi time 2. Dierang baik sangat dengan aku. dierang pun tak tau yang aku ni komander. Aku pun tak kenalkan diri aku ni komander. Dah lama baru dierang tau sendiri.

Sebulan sebelum semester berakhir kak Eda panggil aku. Kak Eda YDP komander. Mase aku jumpe die ada Pi’e, ngan ex-YDP komander ngan awek die Zana. Rupenye aku terpilih untuk pegi UiTM Melaka lepas habis sem ni. Huh, time 2 aku rase cita2 aku macam tercapai sgt2. Yela masa aku masuk part 3 ni aku banyak bagi komitmen dalam komander. Contohnye aku dilantik sebagai EXCO-disiplin mase gi kamping, then skarang sebagai komander pengiring. Itu semua cita2 aku. Pada masa yang sama YDP kelab PERSADA tgah plan nak masuk pertandingan teater peringkat negeri sem dpan. Akhirnya, kitarang pun daftar untuk join pertandingan 2. Aku pun terlibat gak. Aku dapat watak. Watak perempuan kaya yang gedik…

Study aku? tension skit bkan sbb banyak aktiviti sebab susah la… aku nyer test sume fail. Subjek dynamics, strength. Yang len atas pagar. Course work cantek r… atas pagar la. Alhamdulillah aku lulus semua subjek part 3 ni…. Tapi kan sejak aku join PERSADA aku selalu balik malam nak kol 12 kadang2 lebih dari kol 12. Ikot dierang sehari nak wat show konon. Best gak, walaupun jadi makup artis tapi dapat join gi sana sini.

Aku rase seronok sangat join PERSADA sebenarnye. Aku rase diri aku macam dineutralkan. Yela dulu sebelum aku join aku asyik mood keganasan je. Aktiviti komander sangatla strict, kekadang wat aku tension. Kawad, disiplin banyak r. tension!!!!! Aku tau komander len pun tension gak.

SALAH FAHAM

Aku tak faham tol, kenapa orang yang bace cerita2 aku ni x faham apa yang aku nak sampaikan. Aku tulis lain dierang anggap lain. Contoh sajak aku yang cerita pasal sahabat tu terang2 cerita pasal seorang sahabat tikam aku tapi ada jgak pembaca fikir aku putus cinta. Yang sedihnye dierang tak tau itu adalah sajak. Kalo sajak dierang tak faham aku leh terima lagi tapi aku tulis cerita macam karangan pun ada yang x faham gak. Apa pembaca fikir?

Ada jgak yang tau tu sajak tapi x semua tau. Aku bukan nak kutuk2 kawan2 aku. tapi kan kita dulu sekolah ada belajar sajak, puisi ni semua. Ada jgak kutuk aku ni jiwang la sebab tulis sajak ni semua. Ni atas masing2 nak luahkan isi hati, ada melalui cerita, ada melalui lagu. Itu namanye seni. Aku bersyukur sebab aku ada kebolehan ni. X sme orang boleh wat puisi.

Lagi satu, ni sme orang kata pusaka melayu. Kita patut berbangga apa yang kita ada. Macam syair tu. kenapa ada orang nak kutuk2 lagi benda ni nak sokong budaya barat. Bukan aku benci budaya barat aku pun ikot gak budaya tue… tapi korang tak rase malu ke nak sisihkan pusaka melayu ni. Seolah2 macam korang tak kenal ibu bapa korang sendiri. Korang orang melayu. Lahir kat Malaysia lagi. Sepatutnya kita jaga apa yang tinggal. Ntahlah. Kat sini aku nak cakap korang jangan la salah faham apa yang aku tulis tue… mmg aku sengaja tulis macam tue sebab taknak pembaca tau semua pasal aku jadi ia nampak tergangtung.

Lagi satu, kalo aku tulis pasal kisah cinta ke, rindu ke, pasal kekasih nie ramai je komen. Kalo aku cter aku fail study ke pe ke x de orang pun nak komen. Kenape ha? Pembaca je tau. Aku yang penulis ni tak faham…

Buat Jejaka

Diriku bukan milik sesiapa

Akan kekal begini jika tiada yang meminta

Dan akan pergi kepada yang meminta

Dan aku adalah miliknya

Jika itulah takdirnya aku tidak menyesal

ZAMAN KEJATUHAN

Pointer aku makin jatuh tiap sem. Ngat sem 4 ni nak nek kan pointer. Sem 4 ni gak la aku banyak wat aktiviti. Join teater and aku tetep komander. Aku join pertandingan teater peringkat negeri. Seronok dapat pengalaman berlakon teater. Lagi seronok berlakon di atas pentas teater sebenar. Pertandingan peringkat negeri 2 wat kat auditorium P.Ramlee. dierang kata watak aku menjadi. Aku seronok dengar. Bile tgok balik lakonan aku, aku tak suke sbenarnye sebab tgok gedik sangat. Bukan macam aku pun ada. Menyampah pulak. Semua orang kate gedik gler.

Seperti bese test aku seme fail… x pnah lulus pun. Yang ni best. Ada stu subjek 2 nama die thermodynamics. Susah… masa semgu nak test kan aku cube nak study. Bile tgok nota aku langsung tak faham pe. Dah la dalam kelas aku x faham gak. Aku try tgok buku plak. Lagi la x de mood… aku pun gi wat test bawak toyol. Toyol pun tak gune. Aku tak leh wat gak… hampeh. Las2 fail. Sme subjek test aku fail. Aku nak target math. Math aku pon trok. Satu test je lulus yang len fail.

Masa final first paper aku fluid. X yah cakap r course work aku pon 15/40. Mase final 2 aku study pun macam x study je. Aku ngat aku leh skor math aku. mak yan!!! Bile tgok paper… aku x leh wat. Aku tak cukop latihan. Soalan no satu leh lagi wat tapi piker lame r, soalan due pun same, nek solan 3 aku dah blur dah… aku dah x leh wat dah, aku pon hentam je. Soalan 4 pun hentam je. Soalan 5 aku tgal trus x dpt pikir. Silap aku sebab masa aku tgah jawab tue aku asyik pikir sangat nak lulus math nak dapat A+. bile tgok solan jd pressure plak sbb tak smpi target sampi aku blur. Bukan fikir nak wat betol2. Ikotkan course work aku leh je lpas math 2. Kuar result aku fail 3 subjek. Thermo,fluid ngan math. Sedih gak r.

Aku tak pernah x repeat pon subjek aku sejak aku part 1 sampi part 3. Bile nek part 4 aku repeat banyak tros. Skrang aku nak nek part 5. Aku kelam kabot gak la. Tak penah repeat kan. Susun jadual x nak bagi clash. Aku drop 2 subjek thermo ngan math part 5 aku. thermo 2 aku nak wat shortcourse. Aku harap aku boleh grad on time.

Aku Seorang Pembantu Jurulatih

Tanggal 14.05.07 aku bersama rakan sejawatku Pi’e, Eda dan Erzat telah mengembara jauh ke negeri Melaka dan diiringi oleh bapa kami En Mus. Kami berempat telah di tugaskan untuk membimbing Seramai 32 orang anak buah supaya menjadi seorang yang berdisiplin, beramanah dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

Sebelum tibanya disana Jurulatih dan kami ber4 sebagai pembantu jurulatih membuat persediaan awal untuk 32 pelatih. persediaan2 tersebut seperti disiplin dr segi masa n pakaian kawad dan lain2. Taklimat2 ringkas semasa latihan dan pra latihan dijalankan seminggu di kampus Pulau Pinang sebelum ke UiTM Melaka.

UiTM Melaka mempunyai keluasan yang amat luas. Keadaan muka bumi yang bergunung-ganang membuat Latihan Intensif Bakal Komander(LiBK) ini sangat mencabar. Pada hari pertama aku jejak di sana mendapat pujian daripada komander-komander disana bahawa anak buah kami sangat berdisiplin tetapi bagi aku, ini kerana mereka telah dilatih awal seminggu dalam PRA-LiBK,  32 orang anak buah aku masih dalam proses pelajaran dan tahap disiplin mereka semasa tiba di Melaka tidak memuaskan. Pelbagai cabaran mula timbul bagi kami berempat semasa menjaga mereka di sana. Ada yang demam panas, ada yang hilang dan macam-macam lagi. Pengalaman ini sangat berbeza semasa aku menyertai LiBK di Pahang dahulu sebagai bakal komander. Semasa aku menyertai LiBK di Pahang aku hanya mengalami kesulitan semasa latihan sahaja tetapi tidak tahu kesulitan mengenai pentadbiran dan pengurusan LiBK. Ini kerana untuk mengawal pelatih yg ramai n mengatur masa amatlah sukar. Memang nampak bagus seperti apa yang aku lihat pada komander Tun, Helmi, Yana dan Niza. Aku amat berbangga dengan mereka kerana kesulitan yang dihadapi di LiBK aku itu, mereka hadapi dengan tenang dan kesulitan itu tidak kami nampak.

Huh, aku hanya mengeluh jika hendak menceritakan pengalaman aku pula. Menjadi seorang komander pengiring atau dikenali sebagai Pembantu Jurulatih sangat payah dari menjadi bakal komander yang sadang menjalani latihan. Sebelum berhadapan dengan anak buah dari 3 buah kampus itu aku dan komander-komander pengiring yang lain kene berhadapan dengan jurulatih dahulu. Jika anak buah lambat kami yang kena. Kalau ada yang tak kena kami yang kena. Itulah tanggungjawab kami disana.

Ada sampai tahap aku nak lepas tangan bukan kerana tak nak kena panas dan penat tetapi masalah anak buah yang masih tidak memuaskan hatiku ditambah pula dengan masalah pengurusan di sana membuat aku rasa... ah! Susah la nak cakap rasa macam mana. ini kerana aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, selain untuk mendidik pelatih berdisiplin aku lupa sepatutnya aku perlu melatih persaan n jiwa supaya lebih bersabar dan berfikiran terbuka. Dengan bantuan rakan sejawatku aku mampu bertahan di sana dan ditambah lagi dengan potensi anak buahku yang semakin meningkat, menaikkan lagi semangatku untuk bertahan di sana. 

Alhamdulillah, mereka hanyalah anak2 muda yang tengah mengenal dunia. umur mereka tiada beza jauh dari aku. tidak kurang pun dengan aku. aku sepatutnya buat mereka kawan daripada terlalu mengawal mereka. 

Akhirnya, aku, rakan sejawatku selesai menjalankan tugas dan anak buahku berjaya menamatkan latihan mereka.

Tidak mampu aku menceritakan semuanya kerana ia lebih dasyat dari kata-kata seperti pepatah mengatakan berat lagi korang pandang berat lagi aku pikul. Wassalam…

GUNUNG LEDANG

Aku tak suke berkemah senang citer kamping2 nie aku x minat langsung. time sekolah

aku tak penah join perkemahan pun. sebabnye, leceh la nak tido dalam htan nie... dalam kemah plak tue... tak selesa... family aku pun tak penah tido dalam htan nie... klo berkemah ngan family sekajp je, tak pnah bermalam la, kirenye pagi pasang kemah balik seblum magrib.

hidup ku berubah bile aku join unit beruniform nie... first nak join unit nie kewajiban

kene turut serta dalam perkemahan. bile aku dapat tau rase macam nak keluar je dari unit

beruniform nie. tapi aku pergi jgak perkemahan tu kat Teluk Bahang. time tu aku tak rase

seronok pun sebab terlalu rush sangat. tapi aku ske sangat aktiviti die sebeb memang lasak

giler...

baru2 nie... unit beruniform aku wat la kamping di Lata Mengkuang. aku jadi urusetia kepada peserta2 perkemahan nie... seronok jugak handle bebudak nie... enjoy jgak la aku kat situ sbb tak macam aku pergi perkemahan sebelum nie kene rush giler... sekarang aku plak kene dsak peserta kejar masa... hahaha... lagi satu dapat bermesra dengan mereka...

seminggu lepas berkemah kat Lata Mengkuang aku pegi plak Gunung Ledang kat Johor. Sagil kot nama tempat tue. yang nie memang aku terasa nikmat berkemah. sebab yang pergi nie semue Komander Kesatrie UiTMPP. perkemahan nie aku rase lain sebab yang uruskan perkemahan nie diri sendiri. contohnya, bile masak kiterang gilir2 masak, macam bahagian logistik yang dah mahir tue pandai2 la handle... semangat setia kawan penting. yang bezanye perkemahan nie tak ada biro2 tertentu macam perkemahan dengan sebelum nie...(yang aku cter kene handle bdak la).

nie la pengalaman aku berkemah...

Wednesday, July 2, 2008

It's Me

"ai, rasenyer malu la nak perkenalkan diri coz nanti kalo cter lebih-lebih nanti orang kate kiter poyo plak. tapi tak per la nak cter gak... seorang yang.... alamak x reti la nak puji diri sendiri. hehehe "

oke... itu adalah first post aku mase mula2 buat link blog ni.. sebenarnye, ni bukan blog pertama aku. aku pernah tulis blog kat akaun friendster aku dulu. n skang aku dah lupe password tok akaun friendster tu. rase cam nak mencarut pun ade sebab aku x delete gambar2 merepek dlm tu. aku pun dah lupe aku letak gambar ape kan kat situ.

sebab ape aku edit balik post ni n post2 yg lain sebab, keje aku bile lame tak update blog aku akan bace post lame2 tu then bile aku rase cam BODO je citer aku pon delete. so, aku fikir drpd aku buat blog baru n asyik delete post je smpi blog aku makin kurang post so aku pun rase baik aku edit je lagi bagus.

kalo tengok blog ni start tahun 2008 n aku dah start menulis sebelum tu. n ade yg aku sempat transfer post dr friendster ke blog ni n mungkin aku dah terdelete post tu.

ehehehe...

enjoy my story...