semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Saturday, August 13, 2011

Chapter 8

lagi setengah jam nak pukul satu... aku dapat mesej dari Diela lagi.

"mcm mane? jd x kafe?"

dalam hati aku tak nak jumpa die pun, tak perlu pun aku balas mesej die. kenapa aku perlu berkawan dengan orang yang main dengan perasaan aku. perlu ke aku hantar mesej kat die yang aku dah tak berminat nak amik tau hal die lagi. patut ke aku bagi tau depan-depan yang aku dah tak nak kawan dengan die macam dulu?

selang beberapa minit aku dapat SMS dari Haifa pulak...

"10 minit lagi I ada kat kafe.. I tunggu U..."

arghhh... terasa rimas pulak ngan si Haifa ni... makin lapar pulak bile rimas-rimas ni... nape la die sibuk nak tunggu aku, aku dah ikut si Lengkung nak makan dengan die. mase tu Lengkung ajak makan kat luar, die kate last-last sem ni baik habis duit makan kat luar. aku pun ikot je la. aku pun balas mesej Haifa kate aku dah janji ngan Lengkung nak makan kat luar, tak pasal-pasal Haifa kate die nak ikut sekali.

aduhhh... aku pun bagi tau Lengkung yang Haifa nak ikut sekali.

"boleh! boleh!" kata Lengkung dengan gembira.

"ouh, suke ek ko makan ngan pempuan!" gurau aku.

"mesti r, last-last sem ni mesti la nak makan berselera je... tak nak la jadi macam ko muke makin berkerut, kesian aku tengok ko... ahahaha" balas Lengkung.

masa tu kiterang dah siap ambil makanan dulu takut nanti tinggal lauk tak sedap, Haifa sampai beberapa minit lepas kiteorang.

"eh, mana Diela?" tanya Lengkung.

"die tengah busy, dah ajak dah tadi" jawab Haifa. lega aku Haifa dah bagi jawapan macam tu.

"Ouh, yer la aku lupe pulak ade Assignment yg nak kene hantar esok, ko dah siap ke Haifa?" kata Lengkung yang kelas ulangan sama ngan Diela dan Haifa.

"dah" jawab Haifa.masa tu Haifa tak banyak cakap mungkin sebab ade Lengkung. lepas habis makan tu Haifa kate die nak bayar tok aku. aku kate tak payah tapi die nak jugak last-last aku pun beralah la dah rezeki orang nak bagi sangat. sebelum aku nak balik naik moto Lengkung, Haifa tanye aku lepas ni nak pegi mana. aku jawab la yang aku nak pegi perpustakaan nak buat keje tibe-tibe die kate die akan ade kat sana nanti.

agak lama gak la aku nak sampai kat perpustakaan, aku mandi ngan solat dulu, saja tak nak kelam kabut sebab hari ni memang tak de kelas lepas tengahari, sebab tu aku suke lepak perpustakaan.

sampai je kat perpustakaan aku cari tempat kosong rasa menyesal la pulak lambat, ramai orang nak dekat peperiksaan memang macam ni, tiba-tiba aku nampak ade perempuan lambai-lambai tangan kat aku. Haifa rupenye aku pun duduk la semeja dengan die. Kami tak cakap banyak masing-masing buat kerja sendiri. tak lama lepas tu aku ternampak Diela. aku ingat aku nak elak dari die sebab meja aku duduk ni ade lagi due kosong tapi die pusing-pusing dalam perpustakaan tu lepas tu terus keluar. lega aku rasa tapi aku pelik kenapa die keluar.

"aku tak dapat kawal perasaan aku lagi, aku sangat kecewa dengan kau, selama ni kau la tempat aku curahkan perasaan , tapi sekarang aku hilang kawan yang banyak mendengar. aku memang hilang arah tujuan sekarang"

aik, minah ni cemburu ke?

"sape?" bisik Hiafa. "pelik la kenapa si Diela ni tak nak duduk sini pulak" kata si Haifa lagi.

"mane aku tau, ko kan roomate die" jawab aku spontan.

"erm die tu, selalu emo dalam bilik... aku pun dah tak faham dengan die. die macam nak cari gaduh ngan aku je..." kata Haifa..

"betul ke?" jawab aku dengan heran. setahu aku Diela ni orang yang baik tak pernah nak cari gaduh dengan siapa-siapa.

"betul la, U nak tau cerita ke? jom kite gossip kat kafe, dah due je kite kat sini..." ajak Haifa.

continue...


5 comments:

niDa said...

cepat la abiskan cite ni.. hehe...

Nia Dhani Nasir said...

ade sambungan lagi...

aleen aiden said...

aik,ade continue2 pulak..hu3

::NelyLeyana:: said...

sabar ye kengkawan...

My MiRa said...

huhuhu

sunggah sini ya