semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Thursday, April 28, 2011

Chapter 3

Ni last sem aku kat U ni, tu pon kalo aku lulus semua subjek sem ni. mana tau keadaan yang tak disangka berlaku macam sem lepas. ade pulak student busuk hati gi report polis kata lecturer jual soalan bocor, mana lecturer tu tak mengamuk sampi masa pagi kiterang jawab paper polis serbu dewan exam tu nak tangkap pesalah yang buat fitnah tu. Dasyat gak kisah dierang sampi nak bawak kes ke makamah, nasib baik budak due orang tu tarik balik dakwaan tu. dah la kene serbu time exam, disebabkan khabar angin yang tak betol kiterang yang jawab paper subjek tu disuruh benti menulis, tak pasal-pasal dapat set soalan nombor due.

sakit jiwa aku time tu, set pertama tu senang gila, aku jawab ngan penuh gahnye tapi bila dapat set kedua tu rase macam gunung salji runtuh. tak tau la sebab ade polis tu atau terkejot dapat set kedua exam. ni cerite betol aku tak tipu. mane nak jumpe polis serbu dewan exam time exam hanya terdapat di kampus aku je.

dengan nasib malang, hampir 99% student kelas lecturer tu digagalkan termasukla aku. macam tu la aku citer kat die. Die la yang aku maksudkan selama ini "Diela". kalo malas aku panggil die "D". Die pon tak kisah aku panggil die cam tu. die citer kat aku yang ex die pon panggil die Die gak dengan kengkawan karib die.

kekadang aku pelik gak kenape perempuan ni suka amik huruf konsonan sebagai nama dierang, macam "Ann", "Zie" "Wai" pon ade. Habis dari A sampi Z jadi nama. Bile aku tanye Die pasal ni, ngan selambur die jawab "ala, sebab lelaki ni cepat lupa benda yang simple macam ni".

***

aku terfikir nak buat sesuatu last sem ni, tapi aku tak tau nak buat ape. nak ajak die makan dah selalu dah makan same, nak ajak borak dah puas borak dah, yer r, mungkin ni perjumpaan kali terakhir aku ngan die. aku rasa nak bagi hadiah tapi tak tau nak bagi apa.

aku pon buat perjumpaan rahsia ngan kawan bilik die, aku tanye kawan bilik die, Die ni suka ape? tak sampi dua jam kawan Die SMS aku;

"macam tak percaya, orang selambur macam Die ni suka main kereta mainan RC"

dalam hati aku pon time tu tak percaya, terkejot gak, aku tak pernah dengar la pulak die citer pasal RC kat aku. memang Die ni seorang yang tak disangka. pikir balik macam tak percaya pon ada yang Die ni suka main kereta. aku nak gi beli pon segan, sebab aku tak tau apa-apa pasal RC ni, malu la sebagai lelaki masuk kedai RC tapi tak tau pasal RC, nanti toke kedai tu tanye aku nak yang macam mana, aku pon tak tau nak cakap yang aku nak macam mana. kedai RC pon aku tak tau kat mana.

aku pon ajak die kuar hujung minggu. gi jejalan je, window shopping. tengah jejalan ngan die tu kiterang lalu la kat depan butik baju kurung. aku memang suka tengok Die pakai baju kurung.

"kalo ko pakai mesti cantik?"

"mana? hahaha, merepek je" gelak Die

"nak beli la, satu set ni sekali dengan tudung."

"eh, tak payah la, kalo ko beli belum tentu aku pakai teros" jawab Die

kiterang pon beredar dari butik tu, dalam kepala otak aku, ok la bajet aku, baju kurung moden sekali ngan tudung tu tak sampi RM150. lantak la die tak nak pon aku tetap nak beli. kiterang jalan sampi kat KFC, makan kat situ, aku bukak citer pasal baju kurung tadi. aku cakap baju kurung tu memang cantik kalau Die pakai. Die senyum-senyum, tapi bila aku kata nak beli teros die kate

"jangan beli, kalau ko beli gak aku tak nak amik, gi la beli"

"kenapa tak nak?" aku tanya

"mahal la, lagipon aku memang tak pakai baju kurung moden, baju kurung pon aku jarang sarung"

"tapi aku memang nak beli ni" aku jawab dengan nada sedih sikit

"kalo ko beli kerongsang aku nak, tapi baju kurung aku tak nak" jawab Die ngan serba salah

lepas tu aku ngan Die g la butik tadi, gi beli kerongsang batu berwarna silver gelap bentuk rama-rama. Die suka sangat-sangat. Die ambik gambar pakai kerongsang aku pastu buat profile picture kat facebook. time tu aku betol-betol rase dihargai, dalam masa yang sama aku rase sedih mungkin lepas ni aku tak dapat jumpa die lagi.

memang susah nak bagi tau die yang aku betol-betol suka kat die. tiap kali aku nak bagi tau lidah aku jadi kelu. aku tak tau kenapa. memang lama aku pendam perasaan ni, aku cuba anggap yang die tu adik aku dan sebagai junior aku tapi sekarang sejak-sejak aku dah nak habis ni aku rasa sedih pulak nak tinggalkan kampus ni atau pun die.

bersambung...

to read previous chapter,

Chapter 1

Chapter 2



1 comment:

niDa said...

ALAH D NI KALAU TAKNAK BAGI LA KAT AKU BAJU TU. MAHAL TU 150. HEHEHEHE...