semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Friday, July 15, 2011

Chapter 7

penat betul sem ni, banyak pulak keje nak kene buat, tensyen bertambah-tambah bila teringatkan Diela.

petang tu aku tak lepak kat taman terus aku balik bilik. Sangat terkejut die pass kat roomate aku head belt corak play boy. aku tau die suke arnab, die kata arnab tu comel. kat luar kotak tu ade kad die buat sendiri tulis "maaf". seronok dapat hadiah sampai aku lupa yang aku marahkan die. Bila teringat macam mana die mainkan perasaan aku terus aku letak balik head belt tu dalam kotak.

"suka tak? Sori" tak lama lepas tu Diela mesej aku. aku balas terima kasih je, tak tulis panjang-panjang aku cakap aku busy sebab dah nak dekat ngan exam. kawan aku yang pass hadiah tu sibuk nak tengok head belt aku, aku bagi je die tengok tiba-tiba kawan aku kate ada surat dalam kotak tu. mula-mula aku tak excited pun nak bace tibe-tibe roomate aku si Lengkung sibuk bace surat tu kuat-kuat, terus aku rampas surat tu dari die.

dalam hati masa tu nak gumpal-gumpal baling dalam tong sampah, ntah macam mana mata ni nak jeling sangat kata-kata dalam surat tu...

Wafri..

mungkin maaf aku di kad tak cukup nak buat kau hilang benci atau marah atau apa kat aku,aku tak tau, aku tak pernah terfikir kita berjauhan sebab apa?, aku tak tau. susah sangat aku nak borak ngan kau sekarang. kalau betul kau marah, aku memang tak reti nak wat ayat bunge-bunge nak pujuk kau.

tapi aku memang rase bingung gak kenapa sampai kau macam ni aku memang tak faham. apa yang kau fikirkan dan apa yang aku dah buat dekat kau sampai kau jauhkan diri dan tak ingin nak bertanya khabar aku...

aku rasa sedih sangat, seorang kawan rapat yang selalu bersama aku tiba-tiba mendiamkan diri dan menjauhkan diri dari aku... dan aku betul-betul rasa serba salah, kenapa kau buat aku seolah-olah aku dah buat benda jahat kat kau.

aku minta maaf kalau pasal kat kafe haritu buat kau sakit hati, tapi kalau bukan pasal tu aku dah tak faham kau diam jauhkan diri macam ni pasal apa...

maaf...

lepas baca surat tu aku pun terfikir yang aku terlalu melampau la pulak. kesian pun ada, tiba-tiba aku rasa bersalah sebab aku layan seorang kawan macam tu sepatutnya aku buat biasa je. terus serabut fikiran aku, dengan laporan aku yang baru siap tak sampai separuh.

aku berjaya abaikan kata-kata dalam surat tu, aku nak fokus kerja aku buat kali terakhir kat U ni lagipun masa tu memang aku kelam kabut nak siapkan report tu yang nak kena hantar minggu depan. SMS dari Haifa pun aku tak layan, kenapa la ramai pulak awek datang mase akhir-akhir tahun ni.. huh..

keesokan pagi aku dapat SMS dari Diela, " harap kau maafkan aku dan dpt jumpe kau kat kafe nanti :)"

serabai terus fikiran aku masa tu, tak tau nak jumpa ke tak... lagipun die tak cakap die akan tunggu aku kat kafe, tapi aku takut die tunggu.. risau la pulak kalau die tunggu... beberapa minit lepas tu ada SMS masuk lagi...

"Jom! lunch kat kafe I belanje, hehehe" dari Haifa...

continue... ...

3 comments:

izfanora said...

buat novel ke? ker cerpen? ker cerita peribadi? sedih jer bunyinyer..

anda di tag di entry sy.. :)
jom join cabaran menulis 30minggu blog 100penulis.. :)

niDa said...

lame gile aku x singgah sini... huhuhu.... aku kene cover balik cte ni..

::NelyLeyana:: said...

ntah la izfanora... mungkin cerpen je kot...

nida sori x dpt update selalu... sian ko kne baca balik citer aku banyak kali.... uhuhu