semoga anda murah rezeki. alhamdulillah

Friday, June 10, 2011

Chapter 6

Entah berapa kali Diela SMS aku tapi aku tak balas. Sakit hati aku. Tiba-tiba aku dah bosan dengan Diela tambah pula dengan cerita-cerita dari Haifa. Haifa ajak aku kuar makan kat luar kampus keesokan hari. Aku ikot je, aku memang dah tak boleh nak tengok muka Diela lagi.

Aku ngan Haifa pon jumpa la kat warong x berapa jauh dari kampus aku. Senang tak terkejar aku nak gi kelas lepas tu. Lepas order makanan Haifa terus sambung cerita. Katanye melengkapkan cerita-cerita yang die singkatkan kat dalam SMS.

Haifa kate yang Diela ni banyak kenalan dengan lelaki lain. “ntah kekadang pon aku pening die SMS dengan sapa?, bile aku Tanya die diam je, tp aku dpt rase yang die x SMS dengan ko, ade sekali tu aku tengok-tengok handset die. Terkejot sangat sebab die ade kenalan lain yang rapat.”

Haifa kata semalam Diela nampak resah, masa tu la Haifa korek cerita. "Diela nampak pelik semalam, bila aku tanya die pun terus cerita yang die terserampak dengan ko kat cafe. tapi ko buat tak tau. lepas tu aku ingat die telefon ko rupenye die telefon orang lain."

Makin sakit hati pulak aku dengar cerita die, “sudah-sudah la, aku dah tak nak tau apa-apa pasal Diela”. Aku harap Haifa faham yang aku tengah lapar dan tak nak hilang selera dengar cerita pasal Diela masa tu.

“aku bukan ape, aku kesian tengok ko selama ni, aku nak bagi tau pon serba salah, lagipon Haifa tu kawan baik aku.”

Aku pun tak pasti dapat berbaik ngan Diela ke tak lepas ni, boleh ke aku kawan macam biasa lepas ni, lagipon aku bukan sekadar kawan biasa dengan die.

Lepas kiterang habis makan, Haifa pandang aku lain macam, aku terus pandang gelas minuman aku, pegang straw… Haifa sangat menakutkan aku time tu. Tiba-tiba…

“Wafri…” Haifa sebut nama aku, aku pun pandang die.

“sebenarnye susah aku nak buang perasaan aku, aku sangat-sangat suka kat kau, tapi bile tengok ko sangat rapat dengan Diela, aku pendam je.”

Memang gila masa tu, aku tak tau nak buat apa. Aku tak nganguk aku tak geleng, teros aku pandang gelas aku balik… harapan aku masa tu jangan la Haifa luahkan perasaan die lebih-lebih. Aku tak sampai hati nak lukakan hati orang… nasib baik la lepas tu kawan kelas aku telefon. Terus aku buat alasan yang kawan aku nak jumpa aku.

Lega tak terkata masa tu, nasib baik la si Haifa tak ajak aku kapel. Tapi hati aku tetap berserabut bila teringatkan Diela. Die tak henti-henti SMS dan telefon aku. aku pun pelik dengan perasaan aku dengan Diela ni. aku dengan die baru kawan tapi emosi aku terlalu melebih-lebih.

"kenapa kau macam ni? aku betul-betul rasa serba salah. kalau betul aku dah buat silap aku minta maaf". SMS dari Diela yang buat aku bertambah serabut.

2 comments:

Nia Dhani Nasir said...

nak lagi,we want more!
we want more!

::NelyLeyana:: said...

makan la cipsmore